Prosedur
01
Menandatangani surat persetujuan semakan status CCRIS pelanggan yang diterima dari pihak pengurus pembiayaan.
02
Mendapatkan semua dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam senarai semakan.
03
Perlu membuat semakan sekiranya terdapat sebarang permohonan yang bertindih. sekiranya ya, sesi pertemuan akan dibuat bersama pelanggan.
04
Menawarkan pakej cadangan kepada pelanggan, sekiranya bersetuju pelanggan perlu menandatangani surat perjanjian perkhidmatan bersama Pengurus Pembiayaan.
05
Mengaturkan sesi lawatan dari pihak bank ke pejabat pelanggan. Dari tarikh lawatan, surat tawaran ( Letter Offer ) akan dikeluarkan tidak kurang dari tempoh 2 minggu waktu bekerja dari pihak bank.
06
Pelanggan menerima surat tawaran dan perlu menyediakan dokumen yang diperlukan bagi membuka akaun dan penerimaan pembiayaan dari pihak bank.
07
Dari tarikh pembukaan akaun, masa yang diperuntukkan adalah 2 minggu bagi bank membuat bayaran ke akaun pelanggan. ( Tertakluk terma dan syarat bank ).
08
Syarikat PemudahCara akan mengeluarkan invois rasmi kepada pelanggan untuk bayaran perkhidmatan fee profesional yang telah dilaksanakan dengan jayanya.
09
Proses Kelulusan akan mengambil masa antara 60 hari – 90 hari waktu bekerja.
10
Setiap proses ini telah dijelaskan dan mendapat keizinan persetujuan dari pihak pemohon sendiri melantik kami sebagai pemudahcara dan perunding pembiayaan sepenuhnya.